Kedai Buku

Makluman untuk semua Ibu Bapa dan juga guru-guru

Kedai Buku sekolah akan mula beroperasi pada 18 Disember 2012.
Pada hari itu juga guru-guru akan mula bermesyuarat.
Senarai nama guru-guru baru sesi 2013 akan diterima pada 10 Disember 2012.

Nama Murid Mendapat 5A dan 4A UPSR 2012

Wajah-wajah yang bergembira dengan keputusan hari ini



Keputusan UPSR 2012

Tahun 2012.UPSR 5A 7 Orang.4A 17 Orang.Tahniah buat semua murid, guru-guru dan pentadbir.Tahun 2013 kita gempur lagi.

Buku Tabung Haji Percuma

Puan Norizah selaku PK HEM memeriksa buku-buku yang tiba di biliknya, buku buku ini telah di sponsor oleh pihak Tabung Haji. Pendaftaran sebanyak RM2.00 pun telah ditanggung oleh pihak terbabit.

Ibu bapa yang belum pernah mendaftar, akan terkejut, sebab tanpa membuat pendaftaran dan tanpa niat untuk pergi haji pun, buku Tabung Haji sudah siap.
Banyaknya nak diagihkan.

Perubahan Wajah di SKB


Perubahan Wajah di SKB


Sidang Redaksi Majalah SKB

SKB 2012


Surau SKB Hampir Menjadi Kenyataan

 
Pemandangan bumbung surau dari atas sisi kiri
Walaupun belum ada dinding, ianya sudah digunakan pada pertengahan Ramadan 2012 baru-baru ini.

Perkembangan Surau 11 Julai 2012


Tiang sudah dipasang dan hari ini dalam proses pengecatan

Gilapan Permata 2


Semua ibu atau bapa dan murid-murid tahun 6 wajib hadir.

Suka Tara 2012 kali ke 54





1 Murid 1 Sukan

10 Julai 2012. BANGI. Demi menjayakan hasrat negara, Sekolah Kebangsaan Bangi hari turut memberi dokongan dan kerjasama ke arah mencapai murid sihat, rakyat sejahtera.

TAHNIAH. Kawat Kaki Tempat kedua


03 Julai 2012. Pasukan Kawat SK Bangi mendapat tempat kedua dalam pertandingan peringkat daerah di SK Dusun Nanding

Progress Surau SKB 3 Julai 2012

BANGI.03 JULAI 2012.Besi untuk didirikan bumbung surau sudah pun dinaikkan. Alhamdulillah, Bank Rakyat sedia memberi sedikit sumbangan untuk membantu pembangunan surau ini. Namun bantuan anda masih diperlukan.

Perkembangan Pembinaan Surau Az-Zahrah


Sedang dalam pembinaan

Poster

Mahir Sains

Hari ini (Rabu) 27 Jun 2012.Satu program yang disasarkan kepada murid tahun 6 yang akan berdepan dengan UPSR (tak sampai) 90 hari lagi.

Guru yang hadir adalah seorang pakar yang telah mencipta rekod cemerlang sebelum ini. Berkhidmat di SMK PutraJaya. Sekarang dipinjamkan ke  bahagian buku teks oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Teknik Menjawab UPSR di MFI


Semua murid Tahun 6 SK Bangi sedang mengikuti Kem Teknik Menjawab Soalan UPSR selama 2 hari di MFI Teras Jernang.

Kempen Memberi Salam

Pembinaan Surau SKB sedang bermula

Alhamdulillah, sekian lama hasrat warga SK Bangi beserta ibu bapa dan penderma budiman yang ingin melihat tegaknya tiang dan dinding surau SK Bangi kini akan menjadi realiti.

Jentera sedang mengalihkan tanah untuk kerja-kerja asas pembinaan tiang.


Puan Norizah selaku PK HEM memerhatikan kerja yang baru bermula hari ini 23 Mei 2012. (Rabu)

Tanah yang sudah diratakan.

Pokok-pokok sudah ditebang untuk kerja-kerja pembinaan asas.



Anggaran awal surau ini dahulunya (2 tingkat ) ialah  sebanyak RM150.000. Namun sekarang plan asal sudah di ubah menjadi RM110.000. Wang yang sudah ada baru sekitar RM50.000-RM60.000. Derma orang ramai dari kaum ibu bapa, pelajar, bekas pelajar (Alumni), orang perseorangan adalah diharapkan agar surau ini menjadi realiti.