Selamat Hari Guru 2010

Sambutan Hari Guru akan diadakan pada 16 Mei 2010

Anugerah Bekas Pelajar SK Bangi

Pihak ADUN Bangi telah bersetuju untuk mengadakan program penyampaian anugerah kepada bekas pelajar sekolah ini yang mendapat 5A dalam UPSR tahun 2009. Sila hadir pada : Hari : Ahad Tarikh : 16 Mei 2010 Tempat : Dewan Orang Ramai Pekan Bangi Butiran Lanjut Sila Hubungi En.Noorhisham di 0194424417

Latihan Kecemasan Kebakaran

BANGI. 30 April 2010. Murid-murid Sekolah Kebangsaan Bangi hari ini menjalani sesi latihan kecemasan menghadapi kebakaran. Semua Guru-guru, staf sokongan, pekerja swasta dan pihak JAGA telah memberikan kerjasama yang baik.Tepat jam 11.15 loceng kecemasan dibunyikan sebanyakn 3 kali. Di ikuti bunyi siren kecemasan dari bilik pejabat. Murid-murid bergegas ke padang perhimpunan bersama dengan guru-guru. Taklimat kemudian disampaikan oleh Cikgu Noorhisham selaku guru sekolah selamat.
Latihan ini perlukan dijalankan untuk mendedahkan kepada murid, apakah langkah-langkah yang perlu mereka ambil ketika berlaku perkara yang tidak di ingini di sekolah.