Selamat Hari Guru 2010

Sambutan Hari Guru akan diadakan pada 16 Mei 2010

Anugerah Bekas Pelajar SK Bangi

Pihak ADUN Bangi telah bersetuju untuk mengadakan program penyampaian anugerah kepada bekas pelajar sekolah ini yang mendapat 5A dalam UPSR tahun 2009. Sila hadir pada : Hari : Ahad Tarikh : 16 Mei 2010 Tempat : Dewan Orang Ramai Pekan Bangi Butiran Lanjut Sila Hubungi En.Noorhisham di 0194424417

Latihan Kecemasan Kebakaran

BANGI. 30 April 2010. Murid-murid Sekolah Kebangsaan Bangi hari ini menjalani sesi latihan kecemasan menghadapi kebakaran. Semua Guru-guru, staf sokongan, pekerja swasta dan pihak JAGA telah memberikan kerjasama yang baik.Tepat jam 11.15 loceng kecemasan dibunyikan sebanyakn 3 kali. Di ikuti bunyi siren kecemasan dari bilik pejabat. Murid-murid bergegas ke padang perhimpunan bersama dengan guru-guru. Taklimat kemudian disampaikan oleh Cikgu Noorhisham selaku guru sekolah selamat.
Latihan ini perlukan dijalankan untuk mendedahkan kepada murid, apakah langkah-langkah yang perlu mereka ambil ketika berlaku perkara yang tidak di ingini di sekolah.

Lawatan kali ke-3 ke rumah Puva

BANGI. 27 April 2010. Seramai 5 orang guru termasuk guru kelas 4 Neptune telah membuat lawatan sosial ke rumah murid. Rumah yang dimaksudkan tersebut ialah rumah Keluarga Puvaniswary. Berita kesusahan yang ditanggung oleh keluarga ini telah pun mendapat simpati dari guru-guru.

LATIHAN KEBAKARAN SEKOLAH KEBANGSAAN BANGI

Tarikh 30 APRIL 2010 Jawatankuasa Pengelola : JK Sekolah Selamat Bidang Tugas-tugas : En.Noorhisham bin Hamzah : Menyampai Taklimat En.Firdaus bin Supian : Memastikan murid mengikut arahan laluan Pn.Maizatul Emly Mashaini : Membawa Heller Pn.Afidah : Membawa buku kedatangan Tahap 1 Pn. Nora : Memantau pergerakan murid Pn.Amizah Talib : Menekan Loceng Kecemasan 3 Kali En.Zulhaimi : Memantau pergerakan murid En.Zakuan : memantau Pn.Marziyana MOkhtar Rudin : Membawa buku kedatangan Tahap 2 Pn.Roslina Mahari : Membawa murid pra-sekolah ke Padang Semua Guru : Memastikan semua murid beratur, melalui jalan yang telah dikhaskan dengan selamat Acara : 1. Loceng kecemasan dibunyikan 2. Murid Beratur di luar kelas 3. Bergerak di tapak perhimpunan taklimat mengikut laluan 4. Murid berkumpul 5. Ambil kedatangan 6. Taklimat ringkas berkaitan keperluan Latihan =========================================== Jom ke facebook sekolah http://facebook.com/skbangilama Mereka ke sekolah menaiki van bergayut beramai-ramai Sukaneka Tahunan 2010

Berita Semasa 26 April 2010

Dalam minggu ini, kemungkinan hari Jumaat pagi sebelum waktu rehat, pihak sekolah akan mengadakan program latihan kecemasan / kebakaran. Sasaran adalah semua murid terdiri tahun 1-6. Semua guru-guru akan terlibat. Program ini adalah arahan kementerian berdasarkan buku program Sekolah Selamat.

Facebook SK Bangi

Atas keperluan semasa dan juga permintaan ahli, Facebook Group untuk SK Bangi telah pun di wujudkan, daftarkan diri anda sebagai member di http://facebook.com/skbangilama atau klik link ini

Pra Sukan sekolah

En.Faizal bin Abdul Aziz Guru Penolong Kanan Kokurikulum