Jadual Persekolahan

Waktu kita jadi murid dulu, cikgu akan tulis jadual di papan hitam, (walaupun hijau), dan kita akan menyalinnya. Sikit pun tak salah faham dan belum pernah terjadi akan hal yang demikian. Namun kini, atas inisiatif guru nak bantu anak murid, guru sekolah telah print siap-siap jadual persekolahan. Namun, ada sikit masalah. Bila nama mata pelajaran itu di ringkaskan dan tidak pula diberikan maknanya dibawah. Contoh P. Mata pelajaran apa tu. Bagi tahap 2 OK lah, dia sudah maklum, bahawa itu perhimpunan lah. Namun ada lagi T, PS, dan PJ. Saya mengandaikan T itu Tasmik dan kalau PJ itu Pendidikan Jasmani lah. Ada murid sekolah ini yang mak ayah mereka orang Indonesia, mereka berhadapan dengan masalah ini. Buku apa katanya nak letak dalam beg anak mereka ni, mata pelajaran PJ? Saya harap perkara ini boleh di ubah untuk masa akna datang. Supaya tidak menjadi masalah bagi ibu bapa. Kerana pengalaman saya ketika di Vietnam, isterinya saya menghantar sms bertanyakan apa itu PJ dan PS. Nasib baik saya guru, boleh lah jawab. Tapi bagaimana lah gamaknya kalau orang kampung?

Doa Penerang Hati

Yuran 2009 : Info

Suasana Hari Pertama

Menunggu kepulangan anak tersayangDi luar pintu pagar, keadaan sesak dengan kenderaan bertali arus. Laluan waktu puncak menjadi satu hala dari jalan besar ke Stesen Komuter Bangi. Semoga perjalanan anda lancar dan cepat tiba ke rumah
Suasana ibu bapa menunggu anak diluar pintu pagar Anak-anak berlari untuk mendapatkan penjaga mereka, awas....disini sering murid terjatuh andai licin waktu berlari.
Sesak dan padat
Ada bapa yang terlambat sampai, hingga anak mereka menangis, mungkin terperangkap di dalam perjalanan
Kami memohon kerjasama daripada semua pengguna jalan raya dilaluan Sekolah Kebangsaan Bangi agar mengikuti ketetapan one way @ jalan satu hala pada waktu puncak. Antara waktu puncak ialah ketika pergi dan balik sekolah sesi pagi dan petang. Baca lagi

Selamat Pengantin Baru Ustaz Suzrie

04 Januari 2009. Seorang guru agama Sekolah Kebangsaan Bangi sempat melangsungkan majlis perkahwinan beliau hari ini dihalaman rumahnya di Rinching Hilir. Beliau Ustaz Suzrie bin Khosim bertemu jodoh dengan seorang doktor.
Kelihatan ramai kelibat kenalan dan guru yang hadir termasuk PAR sekolah iaitu En.Tumirin bin Yatim. Kepada Ustaz Suzrie dan pasangan, kami doakan hidup bahagia, hingga ke akhir hayat, menyambung warisan dunia dengan zuriat yang soleh dan solehah. Penulis sempat bertemu dengan Cikgu Faizan dan keluarga, cikgu Asnah,Ustazah Nurmi, Cikgu Zulhaimi, Cikgu Zamilah dan suami, Ustazah Lasminah dan keluarga, mantan AJK PIBG dan ramai lagi.

Hari Pertama 2009

02 Januari menyaksikan sekali lagi SK Bangi menerima ledakan murid. Kalau tahun 2008 hanya 1,700 orang murid, namun kini mencecah 2000 orang lebih. Hari ini ibu dan bapa datang mendaftarkan anak mereka tahun satu. Hingga kini kelas tahun satu mencapai 11 buah. Proses penyaringan akan diadakan sekali lagi. Dimana semua murid tahun satu akan menghadapi ujian. Hasil ujian ini mereka akan dibahagikan kepada kelas yang sebenar. Berikut beberapa catatan yang sempat lensa syber shoot merakam detik-detik sejarah 02 Januari.
Suasana pagi, ibu dan bapa sibuk mencari kelas untuk anak mereka, sementara guru sibuk memberikan arahan awal. Ada yang tak jumpa-jumpa senarai nama anak mereka masuk kelas mana, dari awal tahun daftar, sampai sekarang tak ada, katanya. Ini warning simpton awal bermulanya masalah-masalah di depan.
Suasana gembira, takut dan macam-macam ada pada anak-anak ini. Ibu bapa yang mempunyai kamera tidak ketinggalan merakam detik-detik indah nan bersejarah dalam hidup anak mereka ini. Harapnya bila besar jadi manusia yang berguna.
Masih ada yang tidak dapat makluman dimana kelas anak mereka. Surat yang patut sampai tak sampai, alamat yang ditulis kadang-kadang posmen tak jumpa pun nak cari, akhirnya dihantar ke sekolah semula.
Murid dibawa masuk ke kelas dan guru memperkenalkan diri kemudian mengagihkan buku kerja. Ada yang menangis hari ini rupanya. Biasalah..... guru dah faham situasi sebegini. Cikgu Shazlina dan Cikgu Nazatul (kiri), bersemangat menginjak tahun baru 2009 Beginilah suasana di tahun satu. Sebelah kanan ini bangunan yang baru siap 2008. Dan ini bangunan baru yang siap dua 3 hari lepas........pasang siap. Ops kunci tak ada lagi. Sekejap saya pergi mendapatkan kuncinya. Guru lelaki sedang memunggah meja untuk dimasukkan ke kelas paling hujung ini. Guru memang kena ada kat sini, tujuan untuk menjaga murid-murid. Ustaz Suzrie dan seorang guru baru pindah sedang memusing meja. Dah seatle, meja sudah diletak tetapi kerusi masih belum ada
Test kipas dan lampu. Wau kipas ada 6 semuanya.
Ops, tiba-tiba Pegawai PPD Daerah Hulu Langat muncul, En.Ismail bin Musa, beliau meninjau bangunan baru. Bila ditanya berapa buah sekolah yang menghadapi saat getir seperti ini? Katanya ini jelah. Tak ada sekolah lain lagi yang macam ni. Berbincang dengan Puan Guru Besar, macam mana nak buat ni, bangunan segera dah ada, kerusi pun cukup, tapi meja yang tak sampai lagi.Kawasan ini baru ditarah, tanah masih tidak berumput dan tidak berpagar. Sebelah kiri ini ialah jalan raya, awas jangan main di sini.
Meninjau kawasan belakang bangunan baru, masih belum selesai sepenuhnya dan masih belum berpagar. Harap anak-anak tidak mendekati kawasan ini, kerana letaknya di tepi jalan raya besar.