Pompuan Jadi Lelaki

Ini kerana, dia sebenarnya wanita sebelum menjalani pembedahan menukar jantina, antaranya pembinaan semula dada, mengambil terapi testosteron serta suntikan hormon.Begitupun, dia masih mengekalkan organ reproduktifnya, terutama rahim yang masih membolehkannya mengandung seperti wanita lain.“Bagaimana rasanya jika seorang lelaki mengandung? Tidak masuk akal, bukan! Namun hakikatnya, perut saya semakin membesar dan saya yakin saya masih lelaki,” katanya kepada majalah gay AS, The Advocate dalam isu terbaru mereka keluaran 26 Mac lalu.Beatie sebenarnya dilahirkan sebagai wanita menggunakan nama Tracy Lagondino.
Dia mengambil keputusan menukar jantina selepas jatuh cinta dengan wanita yang kini menjadi isterinya, Nancy Roberts, 45.Beatie berkata, tindakannya berbuat demikian bertujuan memiliki zuriat sendiri selepas Nancy tidak boleh mengandung kerana pernah menjalani pembedahan membuang rahim disebabkan masalah kesihatan 20 tahun lalu.Kerana terlalu cintakan isterinya, Beatie turut menjalani pembedahan menukar jantina. Faktor itu juga dipengaruhi undang-undang di Hawaii yang melarang perkahwinan sesama jenis kerana mereka ketika itu menetap di kawasan tempat berkenaan.
Pasangan itu yang sudah 10 tahun hidup bersama berjaya menyembunyikan identiti masing-masing, khususnya Beatie, daripada pengetahuan rakan dan jiran sehingga dia setuju berkongsi pengalaman di majalah berkenaan.“Kepada jiran, kami tidak seperti orang lain yang muncul dan bersama-sama melakukan aktiviti. Kami bekerja kuat, berhasrat membeli rumah dan memulakan sebuah keluarga bahagia sehingga kami sepakat memiliki anak.“Memiliki anak adalah impian semua dan kerana itu kami sanggup lakukan apa saja, termasuk menggunakan kaedah biologi bagi memastikan hasrat ini tercapai,” katanya.
Sebelum mengambil keputusan mengandung, Beatie berhenti mengambil suntikan hormon atau testosteron bagi membolehkan putaran haidnya kembali normal.“Lapan tahun haid saya terhenti dengan pengambilan suntikan hormon ini dan selepas berhenti untuk pastikan saya boleh mengandung, ia mengambil masa empat bulan untuk kembali normal.
Saya tidak perlu ubat untuk hamil,” katanya.Menurutnya, dia disuburkan menggunakan sperma penderma yang diperoleh daripada bank sperma untuk membolehkannya mengandung dan akan meneruskan kehidupan sebagai lelaki, meskipun perutnya semakin membesar.Beatie yang pernah menjadi finalis Miss Teen Hawaii USA berkata, keinginan untuk hamil pada mulanya hanya angan-angan sebelum mereka berdua memutuskan ia menjadi kenyataan.Katanya, untuk ke arah itu, dari proses awal dan dijangka sehingga bersalin, mereka perlu menempuh pelbagai cabaran, malah mendapat tentangan pelbagai pihak, sama ada pakar kesihatan, rakan serta ahli keluarga.“Kali pertama saya berjumpa doktor selepas berasakan diri mengandung, dia terkejut dan tak percaya. Meskipun dia memeriksa, dia minta saya berjumpa pakar psikologi sama ada saya boleh terus mengandung atau tidak.
“Malah, ada antara mereka mendiskriminasi kami dengan memberitahu, ini bertentangan budaya dan kepercayaan. Ada juga yang enggan memanggil saya dengan nama lelaki dan mengakui Nancy isteri saya.“Bukan itu saja, apabila dapat tahu saya hamil, mereka mentertawakan saya. Rakan dan ahli keluarga juga tidak memberi sokongan, malah keluarga Nancy sehingga hari ini tidak tahu saya sebenarnya menukar jantina,” katanya.Begitupun, dia tidak menghiraukan pandangan mereka, malah meneruskan hasrat dan tidak sabar menanti kelahiran bayi sulung yang dijangka 3 Julai depan.
“Saya akan jadi bapa bayi ini dan Nancy pula ibunya. Kami akan hidup dalam keluarga bahagia dan saya tidak sabar ke arah itu. Ia seperti mimpi jadi kenyataan,” katanya.Selepas tersiarnya artikel mengenai Beatie di The Advocate, pengacara terkenal, Oprah Winfrey menemuramah pasangan itu dalam rancangan popularnya, The Oprah Winfrey Show.“Kami lakukan ini semua kerana mahukan anak, sebab itu saya tidak buang rahim meskipun mengambil keputusan menukar jantina,” kata Beatie.Sementara itu, Nancy berkata, dia meminta Beatie membuat penyemaian benih atau sperma yang diperoleh daripada bank sperma selepas dia disahkan tidak boleh hamil.“Saya tidak kisah kerana saya tak boleh hamil lagi dan kini kami tidak sabar-sabar untuk menimang cahaya mata.
Dia akan jadi ayah dan saya pula ibu,” katanya yang memiliki dua anak hasil perkahwinan terdahulu.Dalam rancangan itu, Beatie turut dibawa menjalani ujian ultrasound atau imbasan bunyi dan menunjukkan ada bayi di dalam rahimnya.“Saya tidak percaya... tak percaya ia dalam perut saya. Ia ajaib,” kata Beatie selepas menjalani ujian itu.Sementara itu, Pakar Obstetrik dan Ginekologi atau sakit puan yang turut serta dalam program berkenaan, Dr Kimberley James, berkata proses kehamilan dialami Beatie adalah normal, terutama selepas dia berhenti mengambil suntikan hormon sehingga mengembalikan semula hormon kewanitaannya.“Bayi di dalam kandungannya sihat dan tiada masalah. Saya sifatkan kejadian seperti ini adalah normal seperti mana kehamilan lain,” katanya.
Menjawab satu soalan Oprah mengenai bagaimana mereka melakukan hubungan seks, Beatie berkata, ia tiada masalah dan mereka boleh mengadakan hubungan kelamin atau persetubuhan seperti pasangan suami isteri lain.Dalam pada itu, sejurus artikel dan rancangan Oprah ke udara, orang ramai tampil memberi pelbagai pandangan atau pendapat mengenai kejadian itu.Janice dalam satu e-mel menyatakan, dia keliru mengenai Beatie yang sebelumnya wanita dan bertukar lelaki tetapi boleh mengandung seperti wanita biasa.“Saya tak faham, sebelum ini dia wanita tetapi sekarang lelaki dan boleh mengandung! Adakah dia keliru dan tidak tahu hendak menjadi wanita atau lelaki?
“Dunia kini semakin rosak dan dia menambah lagi kerosakan itu. Apapun jika dia gembira, saya ucapkan selamat berjaya,” katanya.Lala pula berkata, sesuatu yang menjijikkan apabila seorang lelaki mengandung dan jika dia menjadi anak pasangan itu, dia akan membunuh diri.Seorang lagi yang tidak mahu dikenali menyatakan, apa yang dilakukan pasangan itu kerja gila, tetapi menarik untuk dikaji.Jiran pasangan itu di Bend, Oregon, Victoria berkata mereka terkejut apabila mendapat tahu mengenai peristiwa luar biasa pasangan itu.“Di luar jangkaan dan tidak masuk akal apabila Beatie disahkan hamil. Saya nampak dia memotong rumput di halaman rumah dan apabila diberitahu dia hamil, kami terkejut. Bukannya Nancy tetapi Beatie, pelik juga memikirkannya,” katanya.

Buletin Siri 12

sambungan Baki lagi, kalau belum jugak pandai dan hebat, itu maknanya kena tambah lagi. Bukan ilmu itu yang tak berguna. Macamlah kita pergi kem motivasi, balik-balik perangai gitu-gitu jugak, itu juga petanda kena pergi lagi. Bukan kem yang tak betul, tapi diri kita belum dapat hidayah untuk berubah.

4 Golongan Manusia. Sebut pasal berubah, saya ada banyak cerita. Ada orang nak berubah tapi tak berubah-ubah jugak. Itu satu fesyen. Ada pula yang menunggu perubahan datang dari orang lain, kawan ke, suami ke, guru ke dan macam-macam. Itu yang kedua. Dan yang ketiga orang yang memang tak mahu berubah langsung. Dia telah mengunci dirinya dengan pendapatnya sendiri, rasa sudah bagus, rasa sudah hebat. Yang keempat, dia berubah disebabkan takdir dan hidayah Tuhan.

Yang pertama tadi nak berubah tapi tak jugak berubah, itu tandanya dia belum kuat. Keinginannya macam hangat-hangat tahi ayam. Jatuh sedepuk, panas sampai ke semen, kejap lagi dah sejuk pulak. Orang macam ini sebenarnya susah nak berjaya dalam hidup. Dia atur rancangan nak kan berjaya, tapi tak di ikut pun rancangan itu, lebih suka ikutkan hati dan perasaan. Dia ni nak kena dikawal 24 jam baru nak jadi baik. Alah...susah la macam ni, nak ke ada body guard.

Ada murid yang belajar kerana dipaksa oleh ibu dan bapa. Bukan lahir kehendak sendiri. Bila mak ayah dia sibuk, mulalah dia main play station, tengok TV, sms dan macam-macam. Semua kerja sekolah terbengkalai. BM tak siap, matematik tak sudah, Sains tertinggal, muzik terlupa. Padahal dia sibuk dengan urusan peribodi.

Bila cikgu tanya mana buku, apa dia jawab, tertinggal cikgu. Eh, orang zaman sekarang tak mainlah alasan tertinggal, tak buat lah tu.., lain kali cakap je nenek kat rumah tengah buatkan, kejap lagi nenek saya sampai, ha...baru standard kita punya alasan. Saya jumpa banyak ke macam ni.

Yang kedua, orang yang menunggu perubahan dari orang lain. Semua orang perlu sedar, bahwa tidak ada orang dalam dunia ini yang boleh merubah diri kita, kecuali diri kita sendiri.

Kita tak pernah senyum pada orang, tapi kita nak kan orang senyum pada kita. Bukan setakat tu je, kita marah-marah pulak pasal orang tak senyum. Oii, kita dulu kena senyum. Kita dulu kena bagi salam, baru orang jawab. Kalau kita senyum lebar sampai rapat ke telinga, tapi dia buat dek je, hah, tak usah lagi senyum pada orang gini, memang dia lahir dulu pun tak senyum dan kedekut senyuman. Takut kita nak pinjam duit seposen dengannya.

Janganlah mengharap perubahan dari orang lain. kalau isteri tunggu pimpinan dari suami. Kalau murid tunggu dari guru. Kalau suami meninggal gimana? Kalau guru tak ada camne? Orang macam ni, lambatlah jugak nak berubah.

Manakala golongan ketiga, dia mengunci diri untuk tidak berubah. Dia rasa dia dah baik dan hebat sangat.

Apa kita lupa pada sejarah, Nabi Nuh A.S, bukankah dia seorang Nabi lagi Rasul, tapi anak dan isterinya berdegil tak mahu ikut nasihatnya. Padahal Nuh itu seorang Nabi lagi. Bukan calang-calang manusia.

Nabi Muhammad, Nabinya orang Islam dulu, kini dan selamanya, puas beliau dengan pelbagai gaya dan approach, mat saleh kata pendekatan, nak kan supaya bapa saudaranya masuk Islam, tak banyak pun, sikit jadilah. Berjayakah Muhammad? Sampai mati Abu Talib tak mahu ikut Nabi. Padahal juru dakwahnya bukan juga calang-calang manusia. So, kalau manusia seperti ini dia tak kan berubah. Inilah manusia yang sombong namanya.

MANUSIA PILIHAN. Ada manusia yang dikasihi Tuhan, diberiNya pelbagai cubaan dan ujian, dia faham bahawa ujian itu adalah bahasa Tuhan padanya supaya dia berubah. Lalu dia pun berubah. Semakin hari bertambah rajin beribadah dan semakin maju dalam agama.

BANGGA MASUK NERAKA. Inilah manusia yang baik. Dia terima bimbingan langsung dari tuhan. Tapi ada juga manusia yang tak pernah sembahyang, Tuhan berikan dia sakit, kemalangan yang hampir-hampir mencabut nyawanya, sampai dia sedar bawah dia sudah pun hampir maut. Tapi tak jugak jadi baik. Manusia sebegini adalah orang yang sangat bebal, degil dan tak nak perubahan. Dia bangga buat maksiat, dan bangga pula agaknya bila dapat masuk neraka. Dia tak pula mencari idea untuk berubah, ”maintain” je manjang.

KATA Nabi, kalau seorang manusia sudah sampai usia 40 tahun, tapi masih juga tak berubah (sembahyang) dia memang takkan berubah. Hah, ini balasan tuhan di dunia pada orang yang degil, hatinya dipateri dengan kekufuran. Hidayah tak boleh masuk. Ada tulisan no entry kat luar hatinya.

TAPI golongan yang keempat ni, memang jarang ada. Bertuah kita kalau dapat hidayah langsung dari tuhan.

SAYA ada satu kisah menarik, yang dikutip dari buku 62 Wali. Seorang sufi bernama Sufian As-Sauri, seorang saudagar emas, pada suatu hari beliau pergi ke istana raja untuk bertemu Tuanku. Waktu itu raja sedang sibuk untuk berangkat ke suatu tempat. Lalu seorang menteri mengajak Sufian ke lokasi yang sama. Rupanya tempat yang dituju adalah kawasan perkuburan. Disitu ada kubur anak raja tersebut.

SUFIAN memerhatikan acara berikut, segerombolan askar masuk, mengeliling kuburan, berkata sesuatu lalu keluar, kemudian masuk rombongan ahli ilmuan, macam tadi juga, seterusnya masuk pula ahli tabib, bomoh dan pawang yang hebat, kemudian masuk pula gadis-gadis yang cantik jelita dan akhir sekali tuanku dengan kerabat terdekatnya.

KEHAIRANAN Sufian, lalu bertanya pada menteri, apa semua ini. Menteri itu menjawab, Raja ini mempunyai seorang anak yang sangat lawa lagi berani, tetapi meninggal dunia akibat satu penyakit. Acara ini adalah acara rutin setiap tahun. Rombongan askar tadi masuk, mengeliling kuburan dan berkata, kiranya kekuatan tentera kami dan kehebatan senjata kami boleh menolongmu, pasti kami akan menolongmu, tapi apakah daya, kami tak berdaya. Lalu keluar.

Manakala para ilmuan pun begitu, mereka berkata, andai saja ilmu kami dapat menyelamatkanmu, pasti kami akan menolongmu dari maut, tapi apakan daya kami.

Sementara ahli tabib, bomoh dan pawang pula berkata, andainya kehebatan ilmu kami boleh membantumu, pasti akan kami lakukan, tapi apakan daya. Tiba giliran gadis-gadis cantik pula masuk, kiranya dengan kecantikan kami dapat menyelamatkanmu dari kematian, pasti kami akan lakukan, tapi apakan daya. Maafkan kami.

Terakhir sekali raja sendiri yang masuk, sesudah berkeliling, raja pun berhenti dan berkata, wahai anakku, andai ada yang boleh menyelamatkan nyawamu, ayah pasti akan lakukan dengan apa cara sekalipun, tapi apa akan daya. Kami sudah berusaha dengan segala usaha yang ada. Namun takdir tuhan lebih dari segalanya.

PERISTIWA ini sungguh membuatkan Sufian tersentak. Lalu dia pun meninggalkan kerjanya sebagai saudagar dan mula mengasingkan dirinya dari manusia ramai. Beliau mendekatkan diri dengan Tuhan dan sentiasa bersedia untuk mati. Ibadahnya semakin bertambah, hatinya semakin khusyuk dan jiwanya semakin lembut. Apatah lagi perangainya.

Orang seperti Sufian ini tak mudah kita cari. Tapi kita boleh jadi macam beliau. Anggaplah takdir tuhan sebagai bahasa Tuhan pada kita. Tengoklah jam kat dinding rumah kita, tak pernah pun ia berhenti berdetik, tak pandai dia nak ponteng atau kata tertinggal jarum atau terlupa atau mengantuk. Sedangkan jam itu hidup hanya untuk seketika saja di dunia ini.

Tapi malang bagi diri kita kalau tidak mahu berubah, sebab kita akan hidup lebih lama bahkan tidak akan mati lagi selepas dihidupkan kali kedua nanti.

Justeru, buletin kali menyeru agar semua pembaca memahami bahawa perubahan itu adalah perlu, kebaikannya untuk kita jua.Ingat di akhirat ada 2 tempat yang berbeza. Satu syurga dan satu neraka. Buatlah pilihan sekarang. Dalam hidup ini pun begitu, satu berjaya dan satu GAGAL. Sekarang...Up to You. Mana satu mahu mu, bertindaklah segera sebelum terlambat kerana masa tidak akan menunggu mu.

Wassalam.