Tahniah SKB : UPSR

Tahniah kepada semua guru-guru tahun 6 dan semua guru-guru SK Bangi. Keputusan tahun ini 5A 20 orang. 4A 1 B 23 orang dan 4A 1C 1 orang.

Maklum Balas dari Ibu Murid

Terima kasih cikgu di atas maklumat yg sungguh bermakna. Kerjasama dari cikgu amat saya hargai.
Saya cuma ingin membuat teguran tentang pengawal keselamatan lelaki (saya tak pasti berapa orang pengawal lelaki yang dilantik oleh pihak sekolah) yg merokok secara terbuka pada pagi 3 Nov 2008 pukul 7.20 pagi. Ketika itu, saya menghantar anak saya ke sekolah dan sungguh terkejut dengan 'keterbukaan' yang telah ditunjukkan oleh beliau. Pada masa tersebut, beliau berdiri di luar pagar sekolah setentang dengan pos pengawal. Saya juga terfikir, adakah kerana dia merokok di luar kawasan sekolah, ianya boleh dimaafkan. Kebetulan, pada masa tersebut trafik sungguh sibuk dengan ibu bapa yg menghantar anak masing2, van dan bas sekolah juga lalu lalang. Saya rasa tidak manis anak2 kita melihat tingkah laku pengawal keselamatan tersebut.
Namun, saya serahkan kepada budi bicara cikgu dan pihak sekolah. Terima kasih.

Bahan Masukan Mesyuarat PIBG

1 NOVEMBER 2008. BANGI SK Bangi. Satu mesyuarat AJK PIBG telah di adakan seusai tamatnya program gotong-royong. Terima kasih kepada semua ibu dan bapa, juga hadirin yang telah sudi hadir untuk membantu menceriakan sekolah ini yang telah berusia 84 tahun.

Berikut saya siarkan beberapa isi mesyuarat yang saya kira boleh untuk dikongsi bersama. Maklum anda diluar yang tidak berstatus AJK tidak dapat mengikuti secara langsung mesyuarat ini. Namun saya tahu, anda juga seorang yang hebat bahkan kadang-kadang ada parents yang lebih hebat dari guru-guru dan Ajk sedia ada, Cuma belum terpilih sebagai anggota PIBG. Tidak mengapalah, namun sumbangan anda berupa idea dan keringat serta wang ringgit tetap dihargai.

RESULT UPSR

Kemungkinan besar keputusan UPSR tahun ini boleh di ketahui selewatnya 13 November 2008 iaitu pada hari Khamis. Anda yang suka merakam detik indah, jangan lupa bawa kamera, kalau belum ada kamera dan berhasrat nak beli, eloklah beli yang SLR punya, walaupun sedikit mahal, tetapi berbaloi. Kenapa saya kata demikian, sebabnya pada hari tersebut, bermacam ragam mak ayah dan anak-anak kita yang dapat 5A dan 4A boleh kita lihat berlaku secara semulajadi. Dan detik itu tidak akan berulang lagi walau seribu tahun akan datang. Tangisan kegembiraan mereka memberi satu semangat baru yang luar biasa kepada kita semua.

TUISYEN MALAM

Kemungkinan juga tahun depan kelas tambahan akan di adakan pada waktu malam, selama 2 malam pada hari persekolahan. Perkara ini akan dibincang pada mesyuarat dengan ibu bapa murid Tahun 5, dimana mereka akan meningkat ke tahun 6 pada 2009.

Perjumpaan dengan ibu bapa akan dipercepat ke tahun ini, tidak sebagaimana biasa, kita adakan pada bulan 1, 2 dan 3. Ini kerana, memandangkan banyak perkara yang perlu kita bincang dan buat keputusan segera untuk tindakan pada tahun hadapan. Ada yang bertanya… kenapa panggil mak ayah tahun 5? Ya lah, mereka kan akan jadi mak ayah Tahun 6 akan datang.

SURAU

Wang terkumpul dalam simpanan sebagaimana yang dilaporkan oleh bendahari PIBG bagi tujuan surau ialah RM3,000.00. manakala di tangan Cuma RM1,000.00. baki yang lain telah pun diguna untuk keperluan tertentu berkaitan pembinaan surau juga. Setakat ini, pihak sekolah tidak boleh membuat kutipan rasmi, ini kerana plan secara terperinci yang dikehendaki oleh pihak atasan belum siap. Kalau nak siapkan plan itu kena bayar dulu RM5,000.00. sekarang yang dah ada RM4,000. Berbaki RM1,000 lagi. Lepas ni, kalau plan tersebut dah seatle, kita boleh buat pungutan rasmi. Saya rasa tuan-puan yang membaca laporan ini boleh memanjangkan hasrat ini, terutama untuk mengumpul dana sebanyak RM1,000 lagi.

Ada AJK bertanya, kenapa susah sangat? Surau Sri Putra dah siap pun? Guru Besar menjawab, ini kerana mereka (pihak berkuasa) telah menggazetkan bahawa bangunan surau ini milik sekolah, jadi mereka tak mahu kerja kita separuh jalan. Lainlah kalau surau ini diambil alih oleh pihak JKR. Ada usaha untuk membawa perkara ini kepada pihak JKR, namun mereka menolaknya.

BUKU TEKS.

Murid-murid telah pun di arahkan menghantar buku teks tahun ini dan mengambil buku teks untuk tahun depan pada minggu depan juga. Sesiapa yang tidak hadir ke sekolah dalam minggu-minggu terakhir ini, kemungkinan besar kalau tak cukup buku, mereka lah yang akan menerima nasibnya. Jadi mohon, untuk mengelak masalah tak dapat buku teks, sila hadir pada minggu-minggu terakhir ini. Dan sila jaga buku tersebut dengan baik, banyak buku kelihatan masih baru nampaknya tadi. Bagi yang hilang buku, mereka kena ganti buku baru atau bayar mengikut harga buku tersebut.

PERPINDAHAN KE SK SRI PUTRA

Seramai 800 orang murid yang beralamat di Sri Putra dan Bukit Mahkota dicalonkan sebagai murid yang bakal berpindah ke sekolah pertama RMK 9. Namun tidak dapat dipastikan, apakah sekolah itu benar-benar boleh beroperasi pada Januari 2009. Kita tunggu saja. Yang pasti hanya tahun 1 hingga tahun 5 sahaja yang akan memulakan belajar di sana.

Sementara itu, SK Bangi pula terpaksa meminda jadual sesi persekolahan anak anda. Ini berikutan untuk menyesuaikan dengan mata pelajaran J-Qaf. Tahun 1,2 dan 3 akan belajar pada sesi petang, manakala 4, 5 dan 6 akan belajar di sesi pagi.

MASALAH DISIPLIN

Tidaklah ada perasaan malu yang besar untuk berkongsi cerita pasal disiplin murid. Saya sebagai guru bimbingan dapati, mereka yang terlibat ini bukanlah murid yang tak baik, Cuma mereka nakal sikit. Biasalah tu, sekolah mana pun ada. Seramai 12 orang murid didapati mencoba hisap rokok dikawasan sekolah. Mereka telahpun dipanggil oleh guru disiplin, dan sebagai tindakan susulan, pihak sekolah akan memanggil ibu dan bapa, untuk memaklumkan sahaja perkara ini. Jangan pula marah pada anak, mereka sebenarnya bukan nak merokok, tapi kawan yang ajak. Saja cuba-cuba try test. Rasanya pihak sekolah perlu menyampai hal ini pada ibu dan bapa. Andai ada yang tidak terima dan marah-marah, itu kita tak ambil pusing lah. Kita bersedia untuk itu.

OK lah, saya harap tuan puan yang baca laporan ini boleh buat sesuatu yang terbaik untuk anak kita. Saya doakan anda semua dalam keadaan sihat dan panjang umur. Amin

http://norish77.blogspot.com

http://sekolahkebangsaanbangi.blogspot.com

Penantian Bertahun

BERAKHIRNYA PENANTIAN BERTAHUN
SK BANGI. Semenjak tahun 2005 saya menghubungi pihak bomba memohon agar keselamatan sekolah ini di tingkatkan khususnya berkaitan alat pemadam kebakaran. Pihak BOMBA dari Balai BOmba Bangi datang membuat operasi memantau keadaan sekolah. Ternyata di bawah garis sekolah selamat. Namun tidak ada ada kuasa pihak mereka untuk mengubah apa yang berlaku. Hanya sekeping surat yang dilampirkan kepada PPD Daerah Hulu Langat. Dalam masa 2 bulan kalau tak salah, dari tarikh surat itu, pihak BOMBA boleh menyaman PPD kerana kecuaian menguruskan hal ini.
Bertahun juga proses ini berjalan dan kelmarin sewaktu saya sempat singgah di sekolah, nampaknya dah ada benda yang selama ini tak ada dan perlu ada. Namun satu lagi, hos pili bomba yang ada di bangunan pejabat itu sebenarnya sudah sekian lama tidak berfungsi, bahkan sebelum saya tiba di sekolah ini lagi. Namun sayang..sakali lagi ianya bukan bidang kuasa pihak sekolah...

Usaha Mengekalkan Kebersihan Tandas di SK Bangi

Sungguh seronok masuk tandas yang harum dan bersih, paling tidak bau busuk, hancing dan sewaktu dengannya tidak ada. Namun malang kalau anda pernah memasuki tandas usang di sini. Dengan mangkuk yang pecah, berwarna kuning dan bau pula tak seronok, itu lah yang di alami oleh anak-anak anda selama menjadi murid.
Kemungkinan besar faktor bangunan lama, kedua penggunanya ramai dan ketiga tahap kebersihan memang tidak setanding di tempat-tempat lain. Justeru tidak hairan, kalau ada murid yang terpaksa menahan kencing dan bek ol nya semata mahu pulang ke rumah untuk melampiaskan keinginannya itu.
Bukankah saat yang lama menunggu dan menahan-menahan untuk pulang itu akna mengundang penyakit lain pula. Sungguh malang….mungkin anda yang terbaca artikel ini, berfikir…..mungkin saya perlu tukar anak saya ke sekolah baru yang baru siap, tandasnya sudah pasti bersih. Ya lah.. bangunan baru.
Namun untuk di SK Bangi, pada 1 November ini, kalau tidak ada halangan, satu mesyuarat AJK PIBG akan di adakan. Masukan, input, dari tuan-tuan perlu kalau sudi memberi. Pada kami, satu cara untuk menghilang pemandangan lama ialah cat baru dan pasang mosaic. Mungkin
dengan cara itu boleh menghilang sedikit sebanyak pemandangan yang kusam dan tidak menyerikan.
Namun itu melibat kos atau bajet, sedang sekolah biasanya tiada peruntukan untuk itu. Mungkin juga mangkuk tandas yang sudah pecah perlu diganti baru. Tapi itu juga melibatkan kos. Naik turun kepejabat daerah tidak menjanjikan anda akan dapat semua itu.
Disini, perlunya kerjasama antara ibu bapa dan guru-guru untuk melestarikan tandas yang ada. Pernah terjadi, tandas tersumbat, gara-gara dimasukkan sampah ke dalam nya. Dan ada juga baju dan seluar dalam yang terjatuh ke dalam mangkuk, gara-gara tidak adanya tempat
menyangkut pakaian.
Apa pandangan anda?

Uji Berterusan Dalam Hidup Insan

Salam sejahtera pada semua pembaca, 2 hari lepas (Jumaat) berita duka warga SK Bangi terima, seorang guru Cikgu Rubi kehilangan anak tersayang...di panggil Tuhan dalam usia 2 bulan lebih. Beliau yang baru habis berpantang dengan kelahiran anak pertama menerima ujian yang cukup berat ini, kami warga SK Bangi turut merasakan keperitan atas kehilangan permata yang sangat berharga dalam hidup ini.
Namun bersabar dan redhalah atas KehendakNya yang telah tertulis sejak Azali, walau perit untuk di telan, namun itulah mahuNya Dia...dan anda telah menghantar seorang wakil ke syurga, sebelah kaki Cikgu Rubi dan suami kini sudah berada di syurga.
Beliau yang baru menerima cahaya mata pertama telah dilawati oleh beberapa orang guru. Guru-guru menyedari kekalutan emosi yang terpaksa dihadapi dan memahami apa yang berlaku, doa kami dari seluruh warga SK Bangi, semoga Cikgu Rubi tetap bersabar dan Tuhan menggantikan yang lebih baik secepatnya. Dia sangat mendengar keluhan hamba-Nya dan sedang mendengar rintihan hamba-Nya. Radiallahu Anhum wa radhu anhu.Redha Allah ke atas mereka dan mereka pun redha pada (takdir) Allah Taala ke atas mereka. Mudah-mudahan Cikgu Rubi termasuk dalam ayat ini. Amin Ya Rabbal Alamin

Sekitar Hari PSS S.K Bangi

Dua Ustazah

Yang Pernah Singgah

Yang Pernah Singgah

Cadangan

Andailah adanya boleh diguna oleh murid-murid, tak apalah, lagipun memang sentiasa ada murid yang datang jumpa mana-mana guru untuk pinjam “henpon”, katanya nak telefon ibu sebab tertinggal duit belanja, tertinggal baju sukan lah dan macam-macam.Telefon jenis ini kena pakai kad kurang-kurang Italk yang berharga RM10.00 setiap satu. Manalah budak sekolah rendah nak beli benda tu semua. Nak guna pun time imergency. Sepatutnya kalau nak bekalpun, letaklah yang boleh pakai duit syiling. Ini tidak, dah la tak bunyi turut langsung, datng cek semula pun tidak. Dan kami tidak tahu nak hubung siapa sekarang.Dalam pada itu, kami mendapat laporan, bahawa sekolah baru SK Sri Putra tidak akan siap mengikut jadual. Sebabnya sebelum pilihanraya, setiap hari pagi dan malam kerja berjalan terus 24 jam. Tapi sekarang tidak serancak dulu. Dah confirm lah, tak akan siap dan tak akan menerima murid awal tahun depan dan confirm lagilah SK BANGI akan menjadi bertambah sesak.Sebenarnya kalau dilihat berita 3 Januari tahun ini, rata-rata sekolah di Selangor begitu, bukan Bangi saja.
Jadi, kalau boleh lah, mana-mana ibu dan bapa yang berhajat nak menyekolahkan anak tahun depan (pindah dari sekolah lain) ke SK BANGI, boleh tangguh dulu.Sebabnya, kalau dah penuh sesak satu kelas, anak kita tak boleh belajar dengan baik. Bisingnya, gangguannya dan macam-macam. Guru pun tak seronok, panasnya, rimasnya dan segala macam. Hal ini kita dah alami, sehingga ada bapa yang nak panggil TV3 datang buat rakaman. Tapi untuk apa? Semua sekolah gitu… Tahun depan terserah pada ibu dan bapa untuk bertindak dengan sewajarnya…supaya pihak tertentu percepatkan sekolah baru, sedang pihak sekolah sudah pun laksanakan tugasnya, lapor ke PPD, lapor ke Jabatan akan kesesakan yang sedang dan akan di alami.Mungkin tuan-puan ada idea…untuk mengurang kesesakan tersebut?

Pompuan Jadi Lelaki

Ini kerana, dia sebenarnya wanita sebelum menjalani pembedahan menukar jantina, antaranya pembinaan semula dada, mengambil terapi testosteron serta suntikan hormon.Begitupun, dia masih mengekalkan organ reproduktifnya, terutama rahim yang masih membolehkannya mengandung seperti wanita lain.“Bagaimana rasanya jika seorang lelaki mengandung? Tidak masuk akal, bukan! Namun hakikatnya, perut saya semakin membesar dan saya yakin saya masih lelaki,” katanya kepada majalah gay AS, The Advocate dalam isu terbaru mereka keluaran 26 Mac lalu.Beatie sebenarnya dilahirkan sebagai wanita menggunakan nama Tracy Lagondino.
Dia mengambil keputusan menukar jantina selepas jatuh cinta dengan wanita yang kini menjadi isterinya, Nancy Roberts, 45.Beatie berkata, tindakannya berbuat demikian bertujuan memiliki zuriat sendiri selepas Nancy tidak boleh mengandung kerana pernah menjalani pembedahan membuang rahim disebabkan masalah kesihatan 20 tahun lalu.Kerana terlalu cintakan isterinya, Beatie turut menjalani pembedahan menukar jantina. Faktor itu juga dipengaruhi undang-undang di Hawaii yang melarang perkahwinan sesama jenis kerana mereka ketika itu menetap di kawasan tempat berkenaan.
Pasangan itu yang sudah 10 tahun hidup bersama berjaya menyembunyikan identiti masing-masing, khususnya Beatie, daripada pengetahuan rakan dan jiran sehingga dia setuju berkongsi pengalaman di majalah berkenaan.“Kepada jiran, kami tidak seperti orang lain yang muncul dan bersama-sama melakukan aktiviti. Kami bekerja kuat, berhasrat membeli rumah dan memulakan sebuah keluarga bahagia sehingga kami sepakat memiliki anak.“Memiliki anak adalah impian semua dan kerana itu kami sanggup lakukan apa saja, termasuk menggunakan kaedah biologi bagi memastikan hasrat ini tercapai,” katanya.
Sebelum mengambil keputusan mengandung, Beatie berhenti mengambil suntikan hormon atau testosteron bagi membolehkan putaran haidnya kembali normal.“Lapan tahun haid saya terhenti dengan pengambilan suntikan hormon ini dan selepas berhenti untuk pastikan saya boleh mengandung, ia mengambil masa empat bulan untuk kembali normal.
Saya tidak perlu ubat untuk hamil,” katanya.Menurutnya, dia disuburkan menggunakan sperma penderma yang diperoleh daripada bank sperma untuk membolehkannya mengandung dan akan meneruskan kehidupan sebagai lelaki, meskipun perutnya semakin membesar.Beatie yang pernah menjadi finalis Miss Teen Hawaii USA berkata, keinginan untuk hamil pada mulanya hanya angan-angan sebelum mereka berdua memutuskan ia menjadi kenyataan.Katanya, untuk ke arah itu, dari proses awal dan dijangka sehingga bersalin, mereka perlu menempuh pelbagai cabaran, malah mendapat tentangan pelbagai pihak, sama ada pakar kesihatan, rakan serta ahli keluarga.“Kali pertama saya berjumpa doktor selepas berasakan diri mengandung, dia terkejut dan tak percaya. Meskipun dia memeriksa, dia minta saya berjumpa pakar psikologi sama ada saya boleh terus mengandung atau tidak.
“Malah, ada antara mereka mendiskriminasi kami dengan memberitahu, ini bertentangan budaya dan kepercayaan. Ada juga yang enggan memanggil saya dengan nama lelaki dan mengakui Nancy isteri saya.“Bukan itu saja, apabila dapat tahu saya hamil, mereka mentertawakan saya. Rakan dan ahli keluarga juga tidak memberi sokongan, malah keluarga Nancy sehingga hari ini tidak tahu saya sebenarnya menukar jantina,” katanya.Begitupun, dia tidak menghiraukan pandangan mereka, malah meneruskan hasrat dan tidak sabar menanti kelahiran bayi sulung yang dijangka 3 Julai depan.
“Saya akan jadi bapa bayi ini dan Nancy pula ibunya. Kami akan hidup dalam keluarga bahagia dan saya tidak sabar ke arah itu. Ia seperti mimpi jadi kenyataan,” katanya.Selepas tersiarnya artikel mengenai Beatie di The Advocate, pengacara terkenal, Oprah Winfrey menemuramah pasangan itu dalam rancangan popularnya, The Oprah Winfrey Show.“Kami lakukan ini semua kerana mahukan anak, sebab itu saya tidak buang rahim meskipun mengambil keputusan menukar jantina,” kata Beatie.Sementara itu, Nancy berkata, dia meminta Beatie membuat penyemaian benih atau sperma yang diperoleh daripada bank sperma selepas dia disahkan tidak boleh hamil.“Saya tidak kisah kerana saya tak boleh hamil lagi dan kini kami tidak sabar-sabar untuk menimang cahaya mata.
Dia akan jadi ayah dan saya pula ibu,” katanya yang memiliki dua anak hasil perkahwinan terdahulu.Dalam rancangan itu, Beatie turut dibawa menjalani ujian ultrasound atau imbasan bunyi dan menunjukkan ada bayi di dalam rahimnya.“Saya tidak percaya... tak percaya ia dalam perut saya. Ia ajaib,” kata Beatie selepas menjalani ujian itu.Sementara itu, Pakar Obstetrik dan Ginekologi atau sakit puan yang turut serta dalam program berkenaan, Dr Kimberley James, berkata proses kehamilan dialami Beatie adalah normal, terutama selepas dia berhenti mengambil suntikan hormon sehingga mengembalikan semula hormon kewanitaannya.“Bayi di dalam kandungannya sihat dan tiada masalah. Saya sifatkan kejadian seperti ini adalah normal seperti mana kehamilan lain,” katanya.
Menjawab satu soalan Oprah mengenai bagaimana mereka melakukan hubungan seks, Beatie berkata, ia tiada masalah dan mereka boleh mengadakan hubungan kelamin atau persetubuhan seperti pasangan suami isteri lain.Dalam pada itu, sejurus artikel dan rancangan Oprah ke udara, orang ramai tampil memberi pelbagai pandangan atau pendapat mengenai kejadian itu.Janice dalam satu e-mel menyatakan, dia keliru mengenai Beatie yang sebelumnya wanita dan bertukar lelaki tetapi boleh mengandung seperti wanita biasa.“Saya tak faham, sebelum ini dia wanita tetapi sekarang lelaki dan boleh mengandung! Adakah dia keliru dan tidak tahu hendak menjadi wanita atau lelaki?
“Dunia kini semakin rosak dan dia menambah lagi kerosakan itu. Apapun jika dia gembira, saya ucapkan selamat berjaya,” katanya.Lala pula berkata, sesuatu yang menjijikkan apabila seorang lelaki mengandung dan jika dia menjadi anak pasangan itu, dia akan membunuh diri.Seorang lagi yang tidak mahu dikenali menyatakan, apa yang dilakukan pasangan itu kerja gila, tetapi menarik untuk dikaji.Jiran pasangan itu di Bend, Oregon, Victoria berkata mereka terkejut apabila mendapat tahu mengenai peristiwa luar biasa pasangan itu.“Di luar jangkaan dan tidak masuk akal apabila Beatie disahkan hamil. Saya nampak dia memotong rumput di halaman rumah dan apabila diberitahu dia hamil, kami terkejut. Bukannya Nancy tetapi Beatie, pelik juga memikirkannya,” katanya.

Buletin Siri 12

sambungan Baki lagi, kalau belum jugak pandai dan hebat, itu maknanya kena tambah lagi. Bukan ilmu itu yang tak berguna. Macamlah kita pergi kem motivasi, balik-balik perangai gitu-gitu jugak, itu juga petanda kena pergi lagi. Bukan kem yang tak betul, tapi diri kita belum dapat hidayah untuk berubah.

4 Golongan Manusia. Sebut pasal berubah, saya ada banyak cerita. Ada orang nak berubah tapi tak berubah-ubah jugak. Itu satu fesyen. Ada pula yang menunggu perubahan datang dari orang lain, kawan ke, suami ke, guru ke dan macam-macam. Itu yang kedua. Dan yang ketiga orang yang memang tak mahu berubah langsung. Dia telah mengunci dirinya dengan pendapatnya sendiri, rasa sudah bagus, rasa sudah hebat. Yang keempat, dia berubah disebabkan takdir dan hidayah Tuhan.

Yang pertama tadi nak berubah tapi tak jugak berubah, itu tandanya dia belum kuat. Keinginannya macam hangat-hangat tahi ayam. Jatuh sedepuk, panas sampai ke semen, kejap lagi dah sejuk pulak. Orang macam ini sebenarnya susah nak berjaya dalam hidup. Dia atur rancangan nak kan berjaya, tapi tak di ikut pun rancangan itu, lebih suka ikutkan hati dan perasaan. Dia ni nak kena dikawal 24 jam baru nak jadi baik. Alah...susah la macam ni, nak ke ada body guard.

Ada murid yang belajar kerana dipaksa oleh ibu dan bapa. Bukan lahir kehendak sendiri. Bila mak ayah dia sibuk, mulalah dia main play station, tengok TV, sms dan macam-macam. Semua kerja sekolah terbengkalai. BM tak siap, matematik tak sudah, Sains tertinggal, muzik terlupa. Padahal dia sibuk dengan urusan peribodi.

Bila cikgu tanya mana buku, apa dia jawab, tertinggal cikgu. Eh, orang zaman sekarang tak mainlah alasan tertinggal, tak buat lah tu.., lain kali cakap je nenek kat rumah tengah buatkan, kejap lagi nenek saya sampai, ha...baru standard kita punya alasan. Saya jumpa banyak ke macam ni.

Yang kedua, orang yang menunggu perubahan dari orang lain. Semua orang perlu sedar, bahwa tidak ada orang dalam dunia ini yang boleh merubah diri kita, kecuali diri kita sendiri.

Kita tak pernah senyum pada orang, tapi kita nak kan orang senyum pada kita. Bukan setakat tu je, kita marah-marah pulak pasal orang tak senyum. Oii, kita dulu kena senyum. Kita dulu kena bagi salam, baru orang jawab. Kalau kita senyum lebar sampai rapat ke telinga, tapi dia buat dek je, hah, tak usah lagi senyum pada orang gini, memang dia lahir dulu pun tak senyum dan kedekut senyuman. Takut kita nak pinjam duit seposen dengannya.

Janganlah mengharap perubahan dari orang lain. kalau isteri tunggu pimpinan dari suami. Kalau murid tunggu dari guru. Kalau suami meninggal gimana? Kalau guru tak ada camne? Orang macam ni, lambatlah jugak nak berubah.

Manakala golongan ketiga, dia mengunci diri untuk tidak berubah. Dia rasa dia dah baik dan hebat sangat.

Apa kita lupa pada sejarah, Nabi Nuh A.S, bukankah dia seorang Nabi lagi Rasul, tapi anak dan isterinya berdegil tak mahu ikut nasihatnya. Padahal Nuh itu seorang Nabi lagi. Bukan calang-calang manusia.

Nabi Muhammad, Nabinya orang Islam dulu, kini dan selamanya, puas beliau dengan pelbagai gaya dan approach, mat saleh kata pendekatan, nak kan supaya bapa saudaranya masuk Islam, tak banyak pun, sikit jadilah. Berjayakah Muhammad? Sampai mati Abu Talib tak mahu ikut Nabi. Padahal juru dakwahnya bukan juga calang-calang manusia. So, kalau manusia seperti ini dia tak kan berubah. Inilah manusia yang sombong namanya.

MANUSIA PILIHAN. Ada manusia yang dikasihi Tuhan, diberiNya pelbagai cubaan dan ujian, dia faham bahawa ujian itu adalah bahasa Tuhan padanya supaya dia berubah. Lalu dia pun berubah. Semakin hari bertambah rajin beribadah dan semakin maju dalam agama.

BANGGA MASUK NERAKA. Inilah manusia yang baik. Dia terima bimbingan langsung dari tuhan. Tapi ada juga manusia yang tak pernah sembahyang, Tuhan berikan dia sakit, kemalangan yang hampir-hampir mencabut nyawanya, sampai dia sedar bawah dia sudah pun hampir maut. Tapi tak jugak jadi baik. Manusia sebegini adalah orang yang sangat bebal, degil dan tak nak perubahan. Dia bangga buat maksiat, dan bangga pula agaknya bila dapat masuk neraka. Dia tak pula mencari idea untuk berubah, ”maintain” je manjang.

KATA Nabi, kalau seorang manusia sudah sampai usia 40 tahun, tapi masih juga tak berubah (sembahyang) dia memang takkan berubah. Hah, ini balasan tuhan di dunia pada orang yang degil, hatinya dipateri dengan kekufuran. Hidayah tak boleh masuk. Ada tulisan no entry kat luar hatinya.

TAPI golongan yang keempat ni, memang jarang ada. Bertuah kita kalau dapat hidayah langsung dari tuhan.

SAYA ada satu kisah menarik, yang dikutip dari buku 62 Wali. Seorang sufi bernama Sufian As-Sauri, seorang saudagar emas, pada suatu hari beliau pergi ke istana raja untuk bertemu Tuanku. Waktu itu raja sedang sibuk untuk berangkat ke suatu tempat. Lalu seorang menteri mengajak Sufian ke lokasi yang sama. Rupanya tempat yang dituju adalah kawasan perkuburan. Disitu ada kubur anak raja tersebut.

SUFIAN memerhatikan acara berikut, segerombolan askar masuk, mengeliling kuburan, berkata sesuatu lalu keluar, kemudian masuk rombongan ahli ilmuan, macam tadi juga, seterusnya masuk pula ahli tabib, bomoh dan pawang yang hebat, kemudian masuk pula gadis-gadis yang cantik jelita dan akhir sekali tuanku dengan kerabat terdekatnya.

KEHAIRANAN Sufian, lalu bertanya pada menteri, apa semua ini. Menteri itu menjawab, Raja ini mempunyai seorang anak yang sangat lawa lagi berani, tetapi meninggal dunia akibat satu penyakit. Acara ini adalah acara rutin setiap tahun. Rombongan askar tadi masuk, mengeliling kuburan dan berkata, kiranya kekuatan tentera kami dan kehebatan senjata kami boleh menolongmu, pasti kami akan menolongmu, tapi apakah daya, kami tak berdaya. Lalu keluar.

Manakala para ilmuan pun begitu, mereka berkata, andai saja ilmu kami dapat menyelamatkanmu, pasti kami akan menolongmu dari maut, tapi apakan daya kami.

Sementara ahli tabib, bomoh dan pawang pula berkata, andainya kehebatan ilmu kami boleh membantumu, pasti akan kami lakukan, tapi apakan daya. Tiba giliran gadis-gadis cantik pula masuk, kiranya dengan kecantikan kami dapat menyelamatkanmu dari kematian, pasti kami akan lakukan, tapi apakan daya. Maafkan kami.

Terakhir sekali raja sendiri yang masuk, sesudah berkeliling, raja pun berhenti dan berkata, wahai anakku, andai ada yang boleh menyelamatkan nyawamu, ayah pasti akan lakukan dengan apa cara sekalipun, tapi apa akan daya. Kami sudah berusaha dengan segala usaha yang ada. Namun takdir tuhan lebih dari segalanya.

PERISTIWA ini sungguh membuatkan Sufian tersentak. Lalu dia pun meninggalkan kerjanya sebagai saudagar dan mula mengasingkan dirinya dari manusia ramai. Beliau mendekatkan diri dengan Tuhan dan sentiasa bersedia untuk mati. Ibadahnya semakin bertambah, hatinya semakin khusyuk dan jiwanya semakin lembut. Apatah lagi perangainya.

Orang seperti Sufian ini tak mudah kita cari. Tapi kita boleh jadi macam beliau. Anggaplah takdir tuhan sebagai bahasa Tuhan pada kita. Tengoklah jam kat dinding rumah kita, tak pernah pun ia berhenti berdetik, tak pandai dia nak ponteng atau kata tertinggal jarum atau terlupa atau mengantuk. Sedangkan jam itu hidup hanya untuk seketika saja di dunia ini.

Tapi malang bagi diri kita kalau tidak mahu berubah, sebab kita akan hidup lebih lama bahkan tidak akan mati lagi selepas dihidupkan kali kedua nanti.

Justeru, buletin kali menyeru agar semua pembaca memahami bahawa perubahan itu adalah perlu, kebaikannya untuk kita jua.Ingat di akhirat ada 2 tempat yang berbeza. Satu syurga dan satu neraka. Buatlah pilihan sekarang. Dalam hidup ini pun begitu, satu berjaya dan satu GAGAL. Sekarang...Up to You. Mana satu mahu mu, bertindaklah segera sebelum terlambat kerana masa tidak akan menunggu mu.

Wassalam.

Bar Code

Hari ini saya terima 8 Bar Code guru dan 100 Bar Code murid.Rupanya ada jugak Bar Code murid tahun enam yang ada.Namanya Nurain Mohd Riduan,NurSyahuirah Abd RAsyid,Nur Shamira Sabrina,M.Alif Hykal,Elya Syafiqah,Nurain Shafeqah, Syafik Sidek, Gayatrie,Nur Afiqah Othman dan Riduan Hj Suklan.

HARI PERTAMA BEKERJA 2008

Al-hamdulillah, hari pertama hari bekerja tahun ini, tidak ada apa-apa masalah yang berlaku. Saya sempat berbual dan menjawab beberapa soalan dari ibu dan bapa. Dalam berbual itu, ada parent yang bertanya pasal skbangi.net. Ooo....sebenarnya kalau mahu tengok posting yang terbaru saudara kena lawat http://norish77.blogspot.com. Ini blog peribadi .saya. Dalamnya ada berita dan cerita. Kalau www.skbangi.net tak boleh lah pula nak masuk berita peribadi, tapi itu pun kita update bila perlu...cuma maaf....agak sibuk juga....lebih senang guna blog setakat ini. Saya bertanya kenalan yang hantar anak ke sekolah, ada tak buka blog saya? Blog mana? Alah yang saya kasi dalam Buletin Bimbingan tu....ye ke tak perasan la...ha ah tak baca la tu..Saya minta masa sikit la dari parent untuk baca buletin tu, ada mesej yang saya nak sampaikan pada anda, contoh ciri-ciri pelajar yang cemerlang, pengurusan masanya, malam kena buat kerja sekolah, mak ayah yang baca dia pun tegur la anaknya pasal apa tak buat kerja sekolah.Kan cikgu Hisham dah sebut dalam buletin? Ha....begitu la maksud nya...tapi kalau saya sorang yang sebut, tapi tuan-tuan tak tengok....entah la nak cakap apa... OK la....mohon masa sedikit untuk baca walau sekali saja.Salam hormat dari saya. JUmpa Lagi

Dulu dan Kini

Dulu dan Kini