MELANGKAH MAJU KE HADAPAN

3 orang guru lagi telah berpindah ke sekolah lain. Mereka ialah Puan Norhayati binti Paimin. Beliau yang menetap di Pelangi Semenyih telah berpindah ke SK Kampung Rinching, Semenyih. Ini menjadikan jumlah guru yang berpindah hujung tahun ini adalah 5 orang termasuk Puan Noorul A'Azian dan Cik Nor Azian, kedua-duanya ke Sabah. Cik Azian bertugas sebagai pensyarah di Tawau. Manakala Pn.Noorul ke Labuan mengikuti suaminya bertugas di sana. Seorang guru lelaki, En.Amir yang baru setahun bertugas di sini berjaya memohon pertukaran ke sekolah yang lain. Hasrat beliau adalah supaya lebih dekat dengan kediamannya. Adapun Puan Zalini dipindahkan ke ke sekolah bandar Baru Bangi atas sebab permintaan sendiri. Kita harapa semua guru dilapangkan usaha mereka di tempat baru. Dan kepada murid-murid yang ditinggalkan, kenangilah mereka sebagai guru mu. Manakala Puan Mazidah telah berjaya menjalani sedikit pembedahan kecil baru-baru. Semoga tuhan memberinya kesihatan yang berpanjangan untuk mendidik anak dan murid yang semakin ramai. Semoga boleh memberi tumpuan yang lebih baik pada tahun ini. En.Hizbullah pula bertugas pada waktu pagi, yang mana sebelum ini beliau bertugas di sesi petang. Penyelaras Tahun Satu Satu perubahan yang agak berprestij, Cik Nor Azlina menerima jawatan Penyelaras Tahun Satu menggantikan Cikgu Raja Khariyah yang telahpun bergelar puan.Satu cabaran dan satu kebanggaan sebenarnya apabila mendapat mandat yang lebih besar. Kejayaan menunai mandat dan amanah tersebut adalah bukti, sesuatu perkara tanpa di lakukan tak akan terbukti hasilnya.Walau bagaimanapun, kita menggulung ucapan tahniah kepada Puan Raja yang telahpun bersara dari jawatan tersebut. Pengalaman dan ilmu beliau, belum ada tandingan di sekolah ini. Guru-guru tahun lima dan enam belum tentu boleh satu yang begitu ramai sekali. Dengan karenah yang bermacam ragam. Siapa yang tidak tahu profesi kecikguan, manalah tahu dia soal pengurusan anak kecil. Pun begitu yang sudah menjadi guru, masih angkat tangan kalau diminta mengurus anak tahun satu. Syabas Puan Raja. Hatijah Ke Mekah Puan Siti Hatijah pula sempat melaksanakan ibadah haji bulan Disember ini. Beliau berangkat bersama dengan suami. Semoga mendapat Haji Mabrur. Pertukaran Nama Jawatan Guru Penyelia Petang yang disandang oleh Encik Naemat telah pun ditukar nama jawatannya kepada Guru Penolong Kanan Petang. Pertukaran ini membabitkan seluruh sekolah. Bilik Pemulihan Bilik Pemulihan Bakal dinobat sebagai Bilik Pemulihan Cemerlang 2008. Ini berikutan kerja-kerja baikpulih sudahpun selesai. Antara barang yang sedang di penuhi ialah Penghawa Dingin, Rak, Radio MP3, Laminater,TV, Pelbagai Alat Bahan Bantu Mengajar (BBM) dan lain-lain. Gurunya Wan Saiyiedatul ketika dimaklum akan eksistensi biliknya itu, menyatakan rasa gembira dan begitu teruja dengan harapan dari pihak sekolah.

Yuran Persekolahan Murid di Kuala Lumpur

Perbandingan Jumlah Bayaran Yuran Khas Sekolah Keb. Bangi dan Sekolah Sultan Hishamudin Kuala Lumpur S.K Bangi Tahun 1 Thn2 Thn3 Thn4 Thn5 Thn6 $30.50 $30.50 $30.50 $30.50 $30.50 $30.50 S.K Lain Tahun 1 Thn2 Thn3 Thn4 Thn5 Thn6 $38.50 $38.50 $38.50 $38.50 $38.50 $38.50

Perlu Pembelaan

Sejam tadi saya hubungi Encik Rosli, kontraktor yang berjanji akan menyediakan sebut harga, antaranya renovasi bilik pejabat, bilik kaunseling dan PAGAR ini. Kali pertama call....masuk tetapi tidak dijawab. kali kedua tiga dan empat....masuk mail box.... Apa tindakan yang patut kita lakukan?

En.Karim Menulis

betul la cikgu. itulah cara yang amat baik untuk di ketengahkan demi masa depan anak-anak murid supaya mereka berani bercakap untuk kebaikan mereka sendiri, malahan saya selalu ingatkan anak saya supaya berbuart demikian.

abikhsan@yahoo.co.uk menulis

Assalamualaikum w.b.r Terima kasih kepada cikgu a.k.a tuan moderator. Walaupun guru lain bercuti dengan senang lenang bersama keluarga tapicikgu masih 'bertugas' dengan menyalurkan maklumat kepada ahli group. Tapi bagaimana pula yang tak menjadi ahli group.Mungkin mereka akan tertanya-tanya. Adakah pihak sekolah akan menghantar surat kepada semua ibu bapa atau pun tampal notis kat tiang lampu atau banner kat simpang atau pagar sekolah.

Emel dari Haji Khair

Assalamualaikum, Saya mengucapkan syabas dan tahniah di atas usaha saudara menyediakan blok ini untuk kemudahan ibubapa / murid dan juga guru sekolah berkenaan. Usaha saudara sungguh murni, mudah mudahan Allah menyediakan sesuatu yang lebih baik untuk saudara , keluarga dan warga SK Bangi. Saya tertarik dengan cadangan saudara untuk mengadakan Sesi Melontarkan Pendapat. Ramai kalangan pelajar maupun orang dewasa yang masih tidak berkeyakinan untuk menyuarakan pendapat. Keadaan begini boleh membantutkan sebarang idea untuk di kongsi bagi kebaikan bersama. Begitu juga ramai pelajar mendiamkan diri walaupun mereka ingin tahu / penjelasan, tetapi kerana sikap tidak yakin diri, maka pertanyaan itu terpendam begitu sahaja. Jika sudah di latih / di pecahkan royong nya maka sikap tersebut akan berubah untuk sepanjang hayat nya. Sekian, wassalam

Info Semasa

terima kasih tuan atas pandangan, pihak sekolah akan meng-update sistem komunikasi setiap masa. Kekeliruan yang timbul sebenarnya akibat kurangnya maklumat awal. yang kedua kita (masyarakat) jadi mainan orang politik. mungkin tuan ingat hari tu diarang umum yuran free....eh eh tau tau bukan semuanya...ketiga. ..pasal pakej..baru tadi saya call guru penolong kanan, jadi begini jawapan beliau,tahun sudah sekolah yang memutuskan yuran,jadi tak sibuk2 kita nak naik turun ppd. tapi tahun ini, lain....caranya pihak ppd panggil wakil sekolah ke ppd, (wakil tu GB, Gb pulak belajar, dihantarnya puan raja sbg wakil)jadi ppd jelaskan tahun ni ada perubahan, pakej a,b dan c. benda tu tjadi dah nak tutup sekolah.bulan 11. bila cikgu yg pegi meeting tu balik...kita kena kumpul pihak pibg, mesyuarat pasal yuran tu...ok dah putus mana yang nak pilih...ops sebelum mesy...punyalah sibuk pengerusi pibg, maklum orang kuat parti....ke sana sini ikut sultan.....bila dah pihak sekolah dan pibg bagi kata putus kena hantar ke PPD lagi....bila ppd dah terima....dia kata OK, baru pihak sekolah boleh maklum ke ibu dan bapa....ops. ...dah cuti rupanya...gitulah tahun ni...agak kelam kabut jugak ya...ditambah lagi guru besar sedang belajar....ambil siswazah..nak kena tunggu dia ada baru boleh itu dan ini.orang lain tak ada kuasa nak buat keputusan.oh ya dlm yuran tu ada pakej A,B dan C. kita ambil pakej B dan rata-rata sekolah lain pun begitu. ini disebabkan pakej A terlalu mahal ketimbang pakej B dan C, saya percaya ramai parent yg setuju dengan pakej yg lebih murah, manakala pakej C murah sedikit dari pakej B, tapi pihak sekolah kena tampung lagi itu dan ini.banyak songeh la orang kata...masalah jugak..so keputusan pakej B lah...BERITA LAINpihak sekolah terima bantuan dari Dato YAP ahli parlimen serdang RM5000 utk baiki pintu.....tapi tuan-2 duit tu tak boleh kita ambil,dia kena past ke kontraktor.. ..alahai. ...kontraktor memang ada datang tengok sekolah, ukur sana sini, tau-tau sampai hari ini dia mhilang diri....gurubesar pergi chek kat DAto Yap Pian Hon...rupanya semua sekolah yang terima bantuan bermsalah yg sama....sennag cerita...biar semua tahu...ini pasal duit....tak cukup la agaknya...ye la dia nak bayar gaji berapa...harga pintu berapa..barang dan naik....soal pagar...macam tu jugak, saya yang di arahkan ambil gambar. kontraktor biar disebut namanya, en.Nazri datang...dia sanggup baiki dan katanya ya,ya..tapi sampai hari ini pun dia tak muncul2 juga,katanya nak bagi kos semua...apa orang kata...alah dia nak cakap dulu berapa kos baiki, kalau dah sekolah setuju baru dia buat.Pekerja sekolahpihak sekolah ada 2 orang pekerja swasta. pak cik amit dan saniran, pak amit ni dah agak berumur....kerja baikpulih macam tu tak mau dia...en.saniran pulak dan tak nak bekerja...dia pindah sekolah Cina..so.....itulah keadaan dan ceritanya.saya sempat syorkan dalam mesyuarat pengurusan 2 hari lepas,nanti tahun 2008. kita buat gotong royong perdana, dan minta tolong parent bantu mana yang patut.BAYARAN TAMBAHANsetakat ni itulah bayaran yang kena tuan dan puan sediakan.... yuran dan buku...tapi ....SILA AMBIL PERHATIAN... bagi anak tahun 5 dan enam...biasanya ada tambahan....ceritanya nanti buka sekolah....pihak penyelaras tahun 6 akan panggil semua ibu dan bapa tahun 6 mll pihak sekolah, kita meeting dan putuskan lagi nak buat ke kelas tambahan...nak buat tak seminar itu dan ini....bila ini dah putus....kena lagi lah bayaran bgantung kadar semasa. BERAPA ye...ini tak tahu lagi, sebab tahun 2007 en,zakuan yg jadi penyelaras, next year,..sure orang lain....jadi cara dan teknik berbeza...jadi kita kena sama-2 hadir meeting nanti. tahun lima pun begitu...bila dah ada keputusan... yang tak hadir automatik terpaksa terima jugalah macam di parlimen...so saya rasa ini dulu....nanti ada perubahan saya akan maklumkan segera.EN.NoorhishamGBSM SK BANGImerangkapPengerusi Majlis Guru Bimbingan Daerah Hulu Langat 2007-2008

Potret Seorang Pelajar

Sahabat Sejati
1) Jika engkau membuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu. 2) Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya ia akan membalas baik persahabatanmu itu. 3) Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu. 4) Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya ia akan menerima dengan baik. 5) Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu. 6) Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya. 7) Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya. 8) Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu. 9) Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu). 10) Jika engkau berkata kepadanya, niscaya ia akan membenarkanmu. Jika engkau merancangkan sesuatu, niscaya ia akan membantumu. Jika kamu berdua berselisih faham, niscaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan. Demikian pesanan Alqamah kepada puteranya dalam menggambarkan perilaku sahabat yang sejati.

Bimbingan dari Kaunselor

Beginilah cara andai murid dilapor bersalah. Kes ini berlaku apabila kesemua murid ini tidak dapat memberi perhatian semasa guru mengajar, lebih dari itu mereka mengganggu guru tersebut sehingga guru itu terpaksa melapor pada saya. Dengan spontan saya perintahkan semua mereka pergi berwuduk dan solat sunat hajat. Salah seorang mesti menjadi imam. Niat solat hajat diajarkan. Usai solat mereka di ajar berdoa. Program ini berterusan lagi hingga beberapa hari berikutnya. Saya sempat bertanya pada guru yang diganggu, bagaimana keadaan mereka setelah didenda. Guru mengakui memang mereka ada sedikit perubahan. Oh ya, selepas hari pertama didenda sebegini, saya berultimatun, kamu kena buat macam ni lagi besok hingga saya berpuas hati. Ini sebab mereka duduk dalam kelas pun mengganggu rakan lain. Tau-tau besok, bila guru tersebut masuk, mereka sendiri bangun dan minta izin keluar.Ke mana? Cikgu Hisham suruh solat hajat.
Saya gembira, walaupun mereka didenda secara zahirnya, akan tetapi mereka sebenarnya menerima bimbingan. Antara bimbingan yang mereka terima :
1.Bagaimana berwuduk cara sempurna.
2.Macam mana niat solat hajat.
3.Macam mana kaifiat solat hajat.
4.Apa bacaan-bacaan dalam solat hajat.
5. Apa doa yang patut dibaca.
Kesemua ini saya bimbing seorang demi seorang. Kini beberapa hari lagi mereka akan menginjak ke tahun 6, secara automatik mereka berdepan dengan UPSR. Adalah harapan semoga tiada lagi kekacauan dalam kelas.
==================================================================
Coretan dari Cikgu Linda ; SMK Kajang Utama
==================================================================
Tahniah atas pendekatan yang dilakukan... saya setuju sangat kita berikanpendekatan yang islamik sebegini..cuma untuk menengah atas agak payahsket..maklumlah ego mereka tinggi...pernah saya suruh mereka ambilwudhu' sahaja mcm2 persepsi mereka kata...tapi buat juga dalam keadaantidak redha..mungkin saya perlu tingkatkan dendaan sebegini...berterus anmacam hisham buat...saya pernah mengikuti pengakuan seorang pengetuayang membuat dendaan solat sunat taubat untuk student keras kepala dandegil ini.Alhamdulillah ada kesan...budak India pula saya selalu bacakanAl Fatihah dan buat2 sapu atas kepala dia...saya kata mahu bagi baiknanti tuhan sayang..tapi sebenarnya kesannya jangka panjang...ada suatukes ustaz tu suka bacakan Al Fatihah dan hembus di kepala pelajar Indiadan akhirnya bila dah habis sekolah budak tu datang balik suruh ustazajar apa ayat yang selalu dia buat sampai dia lulus peperiksaan. .hikmahyang kita nampak....dan budak India tu pun dah jadi manusia yang baiksekarang.... .Bimbingan satu proses jangka panjang

LOGO SK BANGI